Friday 1 June 2012

Syirik Kerana Sebatang Pokok

Assalamualaikum.

"Bagaimana mereka boleh terfikir untuk menyembah pokok tu?" fikir seorang lelaki yang berang. Dia pulang kerumahnya dan mengambil kapak. Tanpa berlengah, dia segera kembali ke arah pokok tersebut. "Aku akan tabang pokok itu" azamnya yang tinggi. Dalam perjalanannya itu, dia dihalang oleh iblis yang menyerupai manusia. "Engkau hendak kemana?" tanya iblis. "Aku ingin menebang pokok besar yang disembah di pinggir pekan. Itu semua syirik!'' lelaki tersebut bersemangat memberitahu. ''Engkau jangan jaga tepi kain orang,'' kata iblis yang bertujuan untuk melengah-lengahkannya.
''Tidak. Ini adalah tanggunggjawabku sebagai seorang muslim. ''Ah, mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aqidah mereka rosak. Kita yang masih sejahtera jangan campur tengan. Takut berjangkit pula penyakit syirik,'' jawab iblis semakin licik. ''Tapi aku dah berjanji dengan Allah untuk mencegah kemungkaran ini.'' ''Apa kata engkau balik dulu, asah kapak itu. Lahi tajam, lagi cepat dan mudah menebang.'' iblis cuba memujuk. ''Tidak perlu. Ia sudah cukup tajam, lelaki itu mempertahankan tindakannya. Iblis tidak berputus asa. Dia mencadang suatu idea: ''Apa kata kita buat perjanjian, Jika engkau tidak menebang pokok itu, engkau akan mendapat wang lima dirham setiap pagi di bawah bantalmu.''Betulkah?'' lelaki tersebut mula terpedaya. ''Ya, aku menjamin setiap hari engkau akan mendapat lima dirham selagi engkau tidak menebang pokok itu,'' iblis bersungguh-sungguh dengan janjinya.
Dengan tawaran itu, lelaki tersebut membatalkan hasratnya mencegah perbuatan syirik. Kini, hatinya fokus kepada dirham yang bakal diperolehnya. Memang benarlah, esok paginya dia mendapati ada wang di bwah bantalnya. Begitu juga dangan esoknya dan hari-hari selepasnya. Namun, setelah seminggu berlalu, tiada lagi wang seperti sebelumnya. Dia berasa marah. Esoknya, dengan kapak di tangan, dia bergegas menuju ke pokok itu. Iblis menghalangnya di tengah perjalanannya itu. ''Engkau berbohong! Kali ini, aku akan tebang pokok itu!'' jawab lelaki itu marah. ''Cubalah! Aku akan halang engkau!'' ancam iblis. Kali ini iblis begitu mudah menghalangnya. Mengapa? Dahulu, dia menentang iblis ikhlas kerana Allah. Namun kali ini dia menentang Allah kerana tidak mendapat wang. Niatnya tidak ikhlas, maka mudahlah iblis mengalahkannya. Akhirnya, pohon tersebut terus kekal dan disembah oleh penduduk di sekitarnya.


p/s- Amar makruf nahi mungkar ada musuhnya. Adakah kita akan berjaya jika masih mengikut telunjuk musuh tersebut? Perbaiki diri dan pada masa yang sama serulah orang di sekeliling kepada kebaikan :)

Credit -Solusi

No comments:

Post a Comment